“ALLAHUAKBAR.. AKAK RASA TAK APA YANG KITA RASA NI? SAYUNYA..” SOAL PUAN NORAFIZAH YANG SAMA-SAMA MENYIAPKAN KERJA DI PEJABAT KAMI.
MATA SAYA YANG SEDANG SIBUK MENYEMAK SENARAI NAMA PESERTA UNTUK DIBUAT TANDA NAMA HAJI CILIK TERHENTI. FOKUS DIBERIKAN KEPADA BUNYI YANG SAYUP-SAYUP KAMI DENGAR DARI RUANGAN BAWAH TADIKA.
SUBHANALLAH.. ANAK-ANAK MURID SEDANG BERTALBIAH.
SUDAH AGAK LAMA TIDAK MENDENGAR LAUNGAN SUCI INI. TERUS TERANG, KEPENATAN KAMI MENYUSUN ATUR PROGRAM INI TERUBAT SEDIKIT MENDENGAR KESUNGGUHAN PARA GURU DAN ANAK-ANAK MURID BERTALBIAH. SESUNGGUHNYA, RINDU UNTUK BERTANDANG LAGI KE RUMAH ALLAH TAK SAMA DENGAN RINDU KE TEMPAT YANG LAIN.
PERJALANAN PERSIAPAN KALI INI PADA AWALNYA AGAK PERLAHAN, ALMAKLUMLAH SUDAH DUA TAHUN TIDAK MENJALANKAN AKTIVITI INI. WALAUPUN ADA KERTAS KERJA DAN POST MORTEM YANG TERDAHULU, KEADAAN TETAP PERLU KAMI SESUAIKAN DENGAN SUASANA SEKARANG INI.
BILA BERMULA KEMBALI PROGRAM SEPERTI INI, BERMULALAH JUGA PROSES MENCARI SEMULA PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI INI. BUKAN APA, SEGALA PERALATAN PERLU DISEMAK SEMULA KEADAANNYA MASIH OK LAGI ATAU TIDAK. JIKA ADA YANG ROSAK, PERLU KAMI PERBAIKI ATAUPUN TEMPAH YANG BARU.
UNTUK BACAAN YANG SELANJUTNYA, SILA KLIK DI SINI
UNTUK VIDEO SEPANJANG PROGRAM DIADAKAN, SILA KLIK DI SINI