MINGGU YANG TERDAHULU, PARA GURU BERPELUANG MELUANGKAN MASA DI MCM CARTOON PLANET, MCM STUDIO, TAMAN TEMA TERBARU DI CAPITOL CITY, JOHOR BAHRU. TERINGAT LAGI BERMACAM REAKSI GURU-GURU KAMI BILA NAMA TEMPAT INI DISEBUT, ADA JUGA YANG TIDAK TAHU KEWUJUDAN TEMPAT INI.
HARI JUMAAT YANG LEPAS, GILIRAN ANAK-ANAK MURID 6 TAHUN KAMI PULA YANG MERASA TERUJA DI TAMAN TEMA INI. UNTUK KALI INI, PARA PESERTA LAWATAN MENERIMA TSHIRT LAWATAN. CANTIK DAN COMEL BILA TSHIRT TERSARUNG DI BADAN ANAK-ANAK INI.
SEAWAL PAGI MEREKA SUDAHPUN BANGUN BERSIAP UNTUK KE TADIKA, ADA YANG TAK PERNAH-PERNAH BANGUN AWAL DARI IBUNYA, UNTUK PAGI JUMAAT ITU, DIA YANG KEJUT IBUNYA SURUH MANDI DAN SOLAT SUBUH, KEMUDIAN BOLEH BERSIAP UNTUK HANTAR DIA KE TADIKA.
RATA-RATA BAS BERTOLAK DARI CHECKPOINT MASING-MASING ADALAH DALAM PUKUL 8.30 PAGI. PERJALANAN PERGI KE MCM STUDIO BERJALAN LANCAR. BAS PERTAMA YANG SAMPAI KE CAPITAL CITY TERPAKSA MENUNGGU UNTUK BEBERAPA KETIKA KERANA SAMPAI TERLALU AWAL, TEMPATNYA MASIH BELUM DIBUKA LAGI. MASA DIMANFAATKAN UNTUK BERGAMBAR.
UNTUK CERITA SELANJUTNYA SILA KLIK DI SINI
UNTUK VIDEO LAWATAN SILA KLIK DI SINI
“WAH.. BULAN FEBRUARI NI KITA BANYAK JALAN-JALANLAH!” KATA PUAN SUHAILA SEMASA MENYEMAK PLANNER BULAN FEBRUARI.
“TIGA MINGGU TERUS MENERUS NI KITA KE MCM DENGAN FESTIVAL LAYANG-LAYANG, SERONOKLAH ANAK-ANAK MURID KITA,” TAMBAHNYA LAGI.
“TAPI SEBELUM CIKGU-CIKGU BERHEMPAS PULAS LAYAN KERENAH ANAK-ANAK MURID, KITA NANTI PERGI DULU KE MCM DAN.. TAMBAHAN KE SINARAN AGROFARM KAT KEMPAS, KITA MAKAN BUAH MULBERI DENGAN CENDAWAN FRESH,” BERBUNGA-BUNGA HATI KAMI DI PEJABAT MYBISTARI GROUP MENDENGAR PENERANGAN PUAN SUHAILA. SEPERTI BIASA SEGALA AKTIVITI AKAN DIKONGSIKAN DENGAN KAMI TERLEBIH DAHULU KERANA PERSIAPAN UNTUK LAWATAN PERLU KAMI SEDIAKAN.
JADI SEPERTI YANG DIRANCANG, PARA GURU MELAKUKAN LAWATAN KE SINARAN AGROFARM DAN MCM STUDIO PADA 15 FEBRUARI 2019, JUMAAT YANG LALU. OLEH KERANA JUMLAH KAMI YANG AGAK RAMAI, PIHAK TADIKA MENGGUNAKAN DUA BUAH BAS, BAS PERTAMA MEMUATKAN GURU-GURU DARI TPB TAMAN MAWAR, TADIKA INOVASI BESTARI, TPB TAMAN KOTA MASAI,TADIKA ILMU PINTAR BESTARI DAN JUGA DARI PIHAK PENGURUSAN. BAS KEDUA PULA MEMUATKAN GURU-GURU TPB TAMAN SCIENTEX 1 DAN 2, TADIKA MINDA PINTAR BESTARI DAN TADIKA INTELEK MINDA BESTARI.
UNTUK CERITA SELANJUTNYA, SILA KLIK DI SINI
ALHAMDULILLAH, MINGGU SESI BERGAMBAR UNTUK SEMESTER 1 SUDAHPUN BERAKHIR. TUGAS YANG DIAMANAHKAN KEPADA CIK ZIZA AMIRA SYAFINI, ANAK EN TAMIZI DAN PUAN ZAINUN YANG BARU SAHAJA SELESAI PENGAJIANNYA. SETIAP PETANG KAMI MENUNGGU KEPULANGANNYA KE PEJABAT, UNTUK MENDENGAR DIA BERCERITA MENGENAI RAGAM YANG DIA LALUI SEPANJANG PROSES SESI BERGAMBAR. YANG PASTINYA WALAUPUN PENAT MENJALANKAN AMANAH YANG DIBERIKAN, DIA TETAP TERHIBUR DENGAN GELAGAT ANAK-ANAK MURID.
“CIKGU IFAH TAU.. ADA MURID YANG BILA TIBA TURN DIA NAK BERGAMBAR, ALIH-ALIH KITA PERASAN BASAH JE LANTAI.. TERBUANG AIR RUPANYA.. MENGGELABAH SEMUA NAK BERSIHKAN MURID TU,” ANTARA CELOTEHNYA SAMBIL SENYUMAN TAK LEKANG DARI BIBIRNYA.
UNTUK BACAAN SELANJUTNYA, SILA KLIK DI SINI
 
BERBANDING DENGAN TAHUN-TAHUN YANG TERDAHULU, JUMLAH IBU BAPA YANG TURUT SERTA DALAM KEDUA-DUA SESI PENERANGAN INI KURANG MENGGALAKKAN. AGAK TERKEJUT JUGA KAMI APABILA DARI JUMLAH ANAK MURID 6 TAHUN KAMI YANG RAMAI, PENYERTAAN YANG KAMI PEROLEHI HANYALAH 20 PESERTA, BERSANGKA BAIK, MUNGKIN TARIKH YANG KAMI PILIH ITU BERTEMBUNG DENGAN URUSAN- URUSAN IBU BAPA YANG LAIN. BAGI SESI BACALAH ANAKKU, ALHAMDULILLAH PENYERTAAN AGAK RAMAI JUGA WALAUPUN JUMLAH PENYERTAAN KURANG BERBANDING TAHUN YANG TERDAHULU. KAMI TETAP MELAYANI PESERTA YANG HADIR DENGAN SEBAIKNYA.
TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA YANG MELUANGKAN MASA UNTUK MENGHADIRI MAJLIS ILMU KAMI. SEMOGA ILMU YANG DISAMPAIKAN DAN DIKONGSIKAN DAPAT DIMANFAATKAN SEBAIKNYA.
SEKIRANYA ADA PERTANYAAN ATAU PERMASALAHAN DALAM SESI P&P ANAK-ANAK, IBU BAPA MASIH BOLEH DATANG KE TADIKA UNTUK BERBINCANG DENGAN PARA GURU KAMI. PINTU TADIKA KAMI SENTIASA TERBUKA MENERIMA KEHADIRAN PIHAK IBU BAPA, TAPI JANGAN LUPA UNTUK BUAT JANJITEMU TERLEBIH DAHULU YA!
KAMI KONGSIKAN JUGA VIDEO SESI PENERANGAN BACALAH ANAKKU DAN SEMPOA 2019
 
“API!!”
“API!!”
DENGAR SAHAJA LAUNGAN INI, BUKAN SAHAJA ANAK-ANAK MURID YANG JADI KELAM KABUT, PARA GURU JUGA IKUT SAMA TAK TENTU ARAH DIBUATNYA. MASING-MASING BIMBANGKAN KESELAMATAN ANAK-ANAK MURID DAN DIRI SENDIRI. BAYANGKAN KALAU PERKARA INI BENAR-BENAR BERLAKU, APA YANG PERLU DILAKUKAN?
OLEH KERANA ITU, ANTARA AKTIVITI AWAL YANG KAMI LAKUKAN APABILA BERMULANYA SESI PERSEKOLAHAN YANG BARU ADALAH LATIHAN KEBAKARAN. SEBELUM AKTIVITI INI DIJALANKAN, GURU-GURU TERLEBIH DAHULU TELAH DIBERI PENERANGAN BERKENAAN LALUAN YANG PERLU MEREKA LALUI UNTUK SAMPAI KE TAPAK PERHIMPUNAN.
LATIHAN YANG KAMI LAKUKAN INI TIDAK MELIBATKAN PIHAK BOMBA KERANA LATIHAN INI LEBIH KEPADA MEMBIASAKAN ANAK-ANAK MURID DENGAN LALUAN YANG KAMI TETAPKAN BAGI SETIAP KELAS SEKIRANYA BERLAKU KEBAKARAN.
UNTUK CERITA SELANJUTNYA, SILA KLIK DI SINI
MENJELANG HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2019, DEBARAN BUKAN HANYA DIRASAI OLEH IBUBAPA, KAMI JUGA TURUT MERASAKANNYA. HARI PERTAMA BAGI SESI 2019, KAMI DI BAHAGIAN PENGURUSAN JUGA DIARAHKAN UNTUK KE TADIKA-TADIKA MYBISTARI GROUP UNTUK MEMANTAU PERJALANAN SEPANJANG HARI. TERUS TERANG, INI ANTARA MASA YANG KAMI TUNGGU-TUNGGU KERANA KAMI DAPAT BERJUMPA DENGAN MURID-MURID DAN PARA IBU BAPA.  
ANTARA WAKTU YANG MERISAUKAN BAGI KAMI SABAN TAHUN KETIKA PERMULAAN SESI TAHUNAN ADALAH WAKTU PERTUKARAN SESI PAGI DAN TENGAHARI. KETIKA INILAH KEBARANGKALIAN PERCAMPURAN MURID BAGI KEDUA-DUA SESI BERLAKU, RISAU DENGAN URUSAN KENAIKAN DAN PERTUKARAN VAN. RISAU DENGAN ANAK MURID YANG MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENYELINAP KELUAR DAN CUBA LARI DARI TADIKA. RISAU SEKIRANYA AKAN ADA IBUBAPA/PENJAGA YANG HUBUNGI PIHAK TADIKA BERTANYAKAN KENAPA ANAKNYA TIDAK SAMPAI KE RUMAH LAGI. RISAU KERANA KAMI TAHU TANGGUNGJAWAB KAMI TERHADAP ANAK-ANAK MURID KAMI TAKKAN HABIS SEHINGGA MEREKA SELAMAT TAMAT PERSEKOLAHAN DENGAN KAMI.
SILA KLIK DI SINI UNTUK CERITA SELANJUTNYA.