SEDAR TAK SEDAR, KITA SUDAH PUN MASUK KE MINGGU TERAKHIR PRA TADIKA 2019. MAJORITI MAKLUM BALAS YANG KAMI TERIMA DARI PIHAK GURU DAN IBU BAPA AMAT MEMBERANGSANGKAN. KAMI DI PIHAK PENGURUSAN HANYA BERPELUANG UNTUK BERSAMA DENGAN ANAK-ANAK PRA INI SEKALI SAHAJA KETIKA HARI PERTAMA PRA. ITU PUN KAMI SUDAH NAMPAK BETAPA MATANGNYA ANAK-ANAK ZAMAN SEKARANG INI. SUDAH TIDAK RAMAI YANG MENANGIS DAN MENGEJAR IBU BAPA HINGGA KE PAGAR LUAR. MURID-MURID YANG MEMERLUKAN CIKGU UNTUK MEMEGANG TANGAN KETIKA MEWARNA DAN MENGIKUT GARIS TITIK JUGA BOLEH DI HITUNG DENGAN JARI. ALHAMDULILLAH, SEMOGA PROSES MENGENAL DUNIA PEMBELAJARAN DIPERMUDAHKAN UNTUK MEREKA.

KLIK LINK UNTUK CERITA SELANJUTNYA