MINGGU LEPAS ANAK-ANAK MURID KAMI SUDAHPUN MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2019. INI BERMAKNA BAGI MURID-MURID K2 SEMAKIN BERKURANG HARI YANG DAPAT KAMI LUANGKAN BERSAMA, BEGITU JUGA BAGI MURID-MURID K1 YANG TIDAK AKAN BERSAMA KAMI LAGI PADA TAHUN HADAPAN.
DALAM SIBUK MENJAGA, MEMANTAU PEPERIKSAAN DAN JUGA MENANDA, MEMERIKSA KERTAS JAWAPAN MURID, JAUH DI SUDUT HATI KAMI, RASA SEDIH ITU TETAP AKAN ADA, TERPAKSA MELEPASKAN ANAK-ANAK DIDIK YANG TELAH BERSAMA SELAMA DUA TAHUN. SETIAP SEORANG DARI MEREKA YANG PERNAH BERSAMA DENGAN KAMI ADA CERITA ISTIMEWA YANG DICIPTA BERSAMA.
KAMI JUGA INGIN AMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGINGATKAN LAGI KEPADA IBU BAPA / PENJAGA, TUJUAN PEPERIKSAAN INI DIADAKAN BUKAN UNTUK MELIHAT KEPUTUSAN ANAK-ANAK DIDIK MENDAPAT MARKAH PENUH UNTUK SETIAP SUBJEK, TETAPI KAMI INGIN MELIHAT SEJAUH MANA PEMAHAMAN DAN KEBOLEHAN MEREKA UNTUK MENJAWAB SETIAP SOALAN YANG KAMI SEDIAKAN.
SILA KLIK DI SINI UNTUK BACAAN LEBIH LANJUT.