TERASA TERLALU CEPAT BENAR RAMADHAN KALI INI BERLALU PERGI, SEDAR TAK SEDAR KITA SUDAHPUN BERADA DI HARI TERAKHIR BERPUASA. RAMADHAN YANG ‘LAIN MACAM’ BAGI KITA SEMUA. BANYAK PERKARA SEBENARNYA YANG BOLEH KITA SEMUA PELAJARI DAN FAHAMI UNTUK RAMADHAN KALI INI, ANTARANYA RAMAI DI ANTARA KITA YANG SEBELUM INI TIDAK PERNAH DAPAT MENGERJAKAN SOLAT TERAWIH BERJEMAAH BERSAMA KELUARGA, KALI INI ALLAH BERI KESEMPATAN ITU, JIKA SEBELUM INI JARANG DUDUK BERTADARUS BERSAMA KELUARGA, KALI INI KITA DAPAT MELAKUKANNYA, DAN JUGA DAPUR JUGA MERIAH DEK KERANA MASING-MASING SIBUK MEMIKIRKAN DAN MENYIAPKAN JUADAH BERBUKA PUASA MEMANDANGKAN TIADA BAZAAR RAMADHAN. SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MEMANFAATKAN RAMADHAN YANG BAKAL PERGI MENINGGALKAN KITA SEBENTAR SAHAJA LAGI.
BAGI KAMI DI MYBISTARI GROUP, JIKA SEBELUM INI SEMINGGU SEBELUM BERCUTI UNTUK SAMBUTAN HARI RAYA, PARA GURU AKAN SIBUK MENGHIAS KELAS DENGAN BANTUAN MURID-MURID. SAMBIL ITU SERONOK MENDENGAR CERITA ANAK-ANAK MURID BERKENAAN PERSIAPAN HARI RAYA MEREKA, KALI INI TIADA LAGI SUASANA SEPERTI ITU. SEMOGA KITA SEMUA DIBERI PELUANG LAGI UNTUK MERASAI NIKMAT BERSAMA-SAMA ANAK-ANAK MURID KAMI YANG AMAT KAMI RINDUI.
UNTUK BACAAN SELANJUTNYA, SILA KLIK DI SINI