https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0415_1679378327.JPG

ILMU YANG BERMANFAAT DIKONGSI BERSAMA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

SABDA RASULULLAH SAW: "SESIAPA YANG MENEMPUH SATU JALAN UNTUK MENCARI ILMU PENGETAHUAN, MAKA ALLAH MEMUDAHKAN BAGINYA SATU JALAN UNTUK MENUJU KE SYURGA." (RIWAYAT MUSLIM)

ALHAMDULILLAH SELESAI SUDAH PROGRAM KEIBUBAPAAN DAN TEKNIK PENGAJARAN BACALAH ANAKKU YANG TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA PADA HARI AHAD 5 MAC 2023 YANG LEPAS BERTEMPAT DI DEWAN LEGACY MYBISTARI.

PROGRAM INI DIADAKAN UNTUK MEMBERI PENDEDAHAN AWAL KEPADA IBU BAPA TENTANG KAEDAH PENGAJARAN BACALAH ANAKKU YANG DIAJARKAN DI MYBISTARI KEPADA ANAK-ANAK. PIHAK KAMI INGIN SELARASKAN TEKNIK PENGAJARAN DI RUMAH DAN JUGA DI TADIKA SUPAYA ANAK-ANAK TIDAK KELIRU DENGAN TEKNIK YANG DIGUNAKAN DIKEDUA-DUA TEMPAT INI. BIASALAH ANAK-ANAK SEKARANG INI LEBIH MENDENGAR CAKAP GURU BERBANDING IBU BAPA MEREKA SENDIRI. APA YANG GURU CAKAP ITULAH YANG BETUL BAGI MEREKA. HIHIHI (MOHON JANGAN TERASA HATI YA IBU BAPA SEMUA)

UNTUK BACAAN SETERUSNYA SILA KLIK DI SINI

MORE
https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0415_1678677039.jpg

PENGEMBARAAN PRATADIKA BERMULA!!

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

“ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI MANFAAT”.

(IMAM SYAFIE)

SEDAR TAK SEDAR KITA TELAH MENGHAMPIRI KE SESI PERSEKOLAHAN YANG BARU PADA TAHUN INI. SEPERTI BIASA KAMI DI MYBISTARI GROUP AKAN MENGADAKAN PROGRAM PRATADIKA UNTUK MURID 5 TAHUN YANG TELAH MEMBUAT PENDAFTARAN AWAL. PROGRAM INI BERLANGSUNG SELAMA DUA MINGGU BERMULA 26 FEBRUARI SEHINGGA 9 MAC 2023.

TUJUAN KAMI MENGADAKAN PROGRAM INI ADALAH UNTUK MEMBERI PENDEDAHAN AWAL KEPADA MURID-MURID UNTUK MENYESUAIKAN DIRI DI TADIKA. JUMPA KAWAN BARU, JUMPA CIKGU BARU. PASTINYA PENGALAMAN YANG AMAT MENYERONOKKAN BUAT MEREKA. LEPAS BALIK DARI PRATADIKA, PASTINYA IBU AYAH MENADAH TELINGA MENDENGAR CERITA-CERITA DARI ANAK-ANAK KESAYANGAN MEREKA. ALMAKLUMLAH PENGALAMAN PERTAMA MURID-MURID KE FASA YANG BARU DALAM KEHIDUPAN MEREKA SUDAH PASTI MENGAMBIL MASA UNTUK SUAIKAN DIRI DENGAN PERSEKITARAN BARU.

UNTUK BACAAN SELANJUTNYA SILA KLIK DI SINI

MORE
https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0415_1678676494.png

MYBISTARI GROUP BERKAH MELIMPAH

BERMULALAH EPISOD BARU SESI 2023/2024 BAGI WARGA MYBISTARI GROUP. SEPERTI BIASA MURID SAHAJA YANG BERCUTI GURU-GURU AKAN MENJALANKAN TUGAS UNTUK PERSEDIAAN MENYAMBUT MURID BARU NANTI. SEBELUM MEMULAKAN SESI BARU, SEMUA GURU DI MYBISTARI AKAN BERKAMPUNG DI DEWAN LEGACY MYBISTARI UNTUK MENGHADIRI BENGKEL PEMANTAPAN GURU UNTUK MEMANTAPKAN LAGI KEMAHIRAN DALAM TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN DAN PERKONGSIAN ILMU DARI GURU-GURU SENIOR.

PROGRAM PEMANTAPAN GURU PADA KALI INI, KAMI MEMBERI FOKUS KEPADA PROGRAM PRATADIKA BAGI KEMASUKAN MURID-MURID PRATADIKA YANG AKAN BERMULA PADA 26 FEBRUARI SEHINGGA 9 MAC 2023.

UNTUK BACAAN SELANJUTNYA SILA KLIK DI SINI

 

MORE
https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0415_1675737014.JPG

KALAM AKHIR 2022!!

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

YA ALLAH, YA KARIM..

SESUNGGUHNYA KAMI BERHIMPUN PADA HARI INI, BAGI MENYATAKAN KESYUKURAN DI ATAS KURNIAAN-MU YANG TIDAK TERNILAI. JADIKANLAH KAMI HAMBA-HAMBA-MU YANG SENTIASA BERSYUKUR SAMA ADA NIKMAT YANG SEDIKIT LEBIH-LEBIH LAGI NIKMAT YANG MELIMPAH RUAH KEPADA KAMI .

HARI YANG DINANTI-NANTIKAN TELAH PUN TIBA. KEMUNCAK PROGRAM MYBISTARI GROUP BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023 IAITU HARI ANUGERAH CEMERLANG YANG TELAH DIADAKAN PADA 31HB JANUARI 2023 (RABU) DI STADIUM TERTUTUP MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG UNTUK MERAIKAN KEJAYAAN ANAK-ANAK YANG MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG PADA PENILAIAN AKHIR TAHUN YANG LEPAS.

SELAIN DARIPADA ITU, ANAK-ANAK K1 YANG TELAH TAMAT 3 SIRI BUKU BACAAN DALAM TEMPOH 10 BULAN SESI PERSEKOLAHAN JUGA TURUT DIRAIKAN DENGAN ANUGERAH KHAS BACAAN. ALHAMDULILLAH SERAMAI 109 ORANG MURID K1 YANG LAYAK MENERIMA ANUGERAH TERSEBUT. BUKAN MUDAH BAGI ANAK-ANAK YANG BERUSIA 5 TAHUN YANG TIDAK MENGENAL HURUF DARI AWALNYA UNTUK MENAMATKAN SIRI BACAAN. LEBIH-LEBIH LAGI SETIAP SIRI BACAAN TERSEBUT MENGANDUNGI SEKURANG-KURANGNYA 8 BUAH BUKU YANG BERMULA DARI BACAAN BACALAH ANAKKU, READ EASY BEGINNER DAN JAWI AL-FATEH.

UNTUK BACAAN SETERUSNYA SILA KLIK DI SINI

MORE
https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0415_1671612267.jpg

FOKUS MINDA DAN JARI!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

WE ARE BACK!!

PERTANDINGAN SEMPOA DAN CONGAK KEMBALI!! SETELAH 2 TAHUN KETIADAAN PROGRAM INI, KAMI MUNCUL KEMBALI!  SEHINGGAKAN VIDEO PERTANDINGAN TAHUN 2019 VIRAL DI APLIKASI TIKTOK BEBERAPA BULAN LALU YANG TELAH DIKONGSIKAN OLEH PARENTS LAMA MYBISTARI GROUP.

BERMULA EPISOD LIDAH TERBELIT PARA GURU UNTUK MELATIH MURID DENGAN PELBAGAI TAHAP KELAJUAN BACAAN SOALAN. BUKAN GURU SAHAJA MALAH MURID JUGA PERLU BERSEDIA DENGAN JARI JEMARI UNTUK MELATIH GERAKKAN SETIAP MANIK-MANIK SEMPOA DAN FOKUS UNTUK MENDENGAR SOALAN YANG DIBACA OLEH GURU MEREKA.

UNTUK BACAAN SETERUSNYA SILA KLIK DI SINI

MORE
https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0415_1670725607.png

HARI PEMAKAIAN KOSTUM PEKERJAAN!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM 🌻

“ORANG YANG BANYAK BELAJAR AKAN BANYAK ILMUNYA, MANAKALA ORANG YANG BANYAK BERTINDAK AKAN BANYAK HASILNYA”.

BERUSAHA KERASLAH UNTUK MENGEJAR CITA-CITAMU DI MASA AKAN DATANG.

HARI YANG DI NANTI-NANTIKAN TELAH PUN TIBA IAITU HARI PEMAKAIAN KOSTUM PEKERJAAN YANG AKAN DI ADAKAN PADA SETIAP TAHUN SEMESTER KEDUA. TUJUAN PROGRAM INI DIADAKAN ADALAH KESINAMBUNGAN DARIPADA SILIBUS PEMBELAJARAN 6 BISTARI IAITU PEKERJAAN YANG TELAH DIAJARKAN TERLEBIH DAHULU SECARA TEORI OLEH GURU-GURU PADA MINGGU SEBELUMNYA. PROGRAM INI ADALAH UNTUK MENCUNGKIL BAKAT ANAK-ANAK DALAM MELAKONKAN WATAK PEKERJAAN MASING-MASING, SELAIN DARIPADA UNTUK MEMUPUK TAHAP KEYAKINAN DAN KEBERANIAN ANAK-ANAK DALAM BERINTERAKSI BERSAMA KAWAN-KAWAN SEKELAS.

UNTUK BACAAN SETERUSNYA SILA KLIK DI SINI

MORE
https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0038_1669690038.jpg

MARKET DAY 2022!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

“(PADAHAL) ALLAH TELAH MENGHALALKAN JUAL-BELI DAN MENGHARAMKAN RIBA.” (SURAH AL-BAQARAH: 275)

JUAL BELI MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA KEPERLUAN INDIVIDU YANG SANGAT MUSTAHAK DALAM KEHIDUPAN SEHARIANNYA. INI KERANA DALAM KEHIDUPAN MASA KINI BESERTA HAJAT MANUSIA YANG PELBAGAI, SEORANG INDIVIDU ITU TIDAK MAMPU UNTUK MENGADAKAN KESELURUHAN KEPERLUANNYA SECARA BERSENDIRIAN. ISLAM SEBAGAI AGAMA YANG SYUMUL TELAH MEMBERIKAN GARIS PANDUAN YANG JELAS DALAM SEMUA PERKARA, TERMASUK BENTUK JUAL-BELI YANG SELARI DENGAN KEHENDAK SYARAK ATAU SEBALIKNYA.

BEGITULAH OBJEKTIF KAMI MENGADAKAN PROGRAM MARKET DAY ADALAH UNTUK MEMBERI PENDEDAHAN AWAL TATACARA JUAL BELI KEPADA MURID. SELAIN DAPAT MEMUPUK SEMANGAT BEKERJASAMA DAN CARA BERKOMUNIKASI SERTA MENGURUSKAN WANG (KUPON)  DALAM PEMBELIAN DENGAN BETUL.

MERIAH SUNGGUH SUASANA DI SEMUA CAWANGAN MYBISTARI GROUP, BETUL-BETUL MACAM DALAM MARKET SANA SINI SUARA MURID MEMPROMOSI BARANGAN YANG DIJUALNYA. “MARI MARI MARI BELI SAYUR UNTUK IBU”, JERITAN SALAH SEORANG PELAJAR UNTUK MENARIK MINAT PELANGGAN UNTUK MEMBELI.

UNTUK BACAAN SETERUSNYA SILA KLIK DI SINI

MORE

Page 7 of 17