“SIAPA PM MALAYSIA?” SOAL SEORANG DARIPADA TIGA MURID YANG DUDUK DI RUANG MENUNGGU TADIKA.
SAYA YANG TURUT BERADA DI SITU, SEDANG MENGEMAS KELENGKAPAN FOTOGRAFI MEMASANG TELINGA SAHAJA, TIDAK MAHU MENGGANGGU PERBUALAN MEREKA.
“YANG PM, PM TEPI TU YA? ORANG JUAL BARANG LAH KAN?” SALAH SEORANG DARI MEREKA MENYOAL SEMULA.
“BUKANLAH, SEMALAM KAN CIKGU ADA TANYA SIAPA PM.. PM TU PERDANA MENTERI.”
KALI INI SAYA IKUT KETAWA APABILA MEREKA BERTIGA GELAK.
PADA MULANYA APABILA MELIHAT MEREKA BERTIGA MASUK KE RUANGAN MENUNGGU, TERKEJUT JUGA KERANA MURID YANG KETINGGALAN UNTUK BERGAMBAR KERANA KURANG SIHAT PADA MINGGU YANG TERDAHULU SUDAH SAYA SELESAIKAN. RUPANYA MEREKA ADALAH WAKIL-WAKIL TADIKA MEREKA UNTUK PERTANDINGAN UJI MINDA, BERCERITA & LEGO 2019 YANG BAKAL DIADAKAN PADA 27HB JULAI, SABTU NANTI.
ALHAMDULILLAH, HAMPIR SETIAP TADIKA YANG SAYA SINGGAH SIBUK DENGAN LATIHAN PERTANDINGAN INI. BAGI PERTANDINGAN UJI MINDA, MURID YANG TERLIBAT ADALAH MURID-MURID 6 TAHUN DAN 6 BISTARI. MEREKA AKAN DIUJI TAHAP PEMAHAMAN MEREKA DALAM SUBJEK-SUBJEK YANG TELAH MEREKA PELAJARI DI TADIKA DAN JUGA PENGETAHUAN AM MEREKA. JADI BAGI MURID-MURID YANG TERPILIH INI, DIHARAP PIHAK IBUBAPA / PENJAGA TIDAK TERKEJUT JIKA TIBA-TIBA ANAK DI RUMAH BERTANYAKAN BERKENAAN SUNGAI YANG TERPANJANG DI MALAYSIA ATAUPUN DIMINTA AJAR MENGEJA PERKATAAN-PERKATAAN YANG PANJANG. ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI LATIHAN YANG DIBERI KEPADA MURID UNTUK MEMPERSIAPKAN DIRI MEREKA DENGAN PERTANDINGAN INI.
UNTUK BACAAN SELANJUTNYA SILA KLIK DI SINI