https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0038_1599526740.JPG

THROWBACK PERTANDINGAN SEMPOA, CONGAK DAN SPEED CUPS

JIKA IKUT TAKWIM YANG DISEDIAKAN TERDAHULU, PERTANDINGAN SEMPOA, CONGAK DAN SPEED CUPS AKAN DIADAKAN PADA BULAN SEPTEMBER. BOHONG JIKA KAMI KATAKAN YANG KAMI TAK RINDUKAN SUASANA SESI LATIHAN DI TADIKA UNTUK MENGHADAPI EVENT YANG MENDATANG. BAIK DARI SEGI TEKNIK MENGIRA CEPAT DAN JUGA SEMPOA, HINGGA KE SUSUNAN SPEED CUPS YANG BETUL DAN LAJU, TAK LUPA JUGA LATIHAN TARIAN SAMPAIKAN GURU-GURU YANG TAK PERNAH MENARI PUN PERLU BELAJAR MENARI AGAR MUDAH MENGAJAR ANAK-ANAK MURID NANTI.

BILA TIBA HARI KEJADIAN, BUKAN HANYA PERJALANAN PERTANDINGAN SAHAJA YANG KAMI NANTI-NANTIKAN, WAKTU INI JUGALAH MASA DI MANA KAMI BOLEH DAN SEMPAT MENCURI SEDIKIT MASA BERJUMPA PARA IBU BAPA YANG HADIR DAN JUGA DI KIRA SEBAGAI SATU BONUS BAGI KAMI SEKIRANYA MANTAN ANAK-ANAK MURID KAMI JUGA HADIR UNTUK MEMBERI SOKONGAN. LELAH BEKERJA HILANG SEDIKIT APABILA ADA BEKAS ANAK-ANAK MURID DAN IBU BAPA MEREKA DATANG MENYAPA. TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN KEPADA MEREKA YANG SUDI DATANG MENYAPA KAMI.

UNTUK BACAAN SELANJUTNYA, SILA KLIK DI SINI

MORE
https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0038_1597623669jpeg

BILA KAMI BESAR NANTI

“TAK SABARNYA SAYA TUNGGU ESOK.. APA AGAKNYA BAJU YANG ANAK-ANAK MURID SAYA AKAN PAKAI YA?”

“KAK, KALAU PARENT ADA TANYA NAK BELI KOSTUM KAT MANA, KITA NAK SUGGEST KAT MANA YA?”

LAIN MACAM SEMANGAT CIKGU-CIKGU NAK PERGI KE TADIKA KALI INI. BUKAN MURID SAHAJA YANG TERUJA, PARA GURU JUGA SAMA. HINGGAKAN ADA YANG TERSENYUM-SENYUM SENDIRIAN MINGGU LEPAS SEMASA SESI PENERANGAN BERKENAAN HARI KERJAYA YANG BAKAL DIADAKAN. MUNGKIN SEDANG SERONOK MEMBAYANGKAN ANAK-ANAK DIDIK YANG AKAN  HADIR KE TADIKA DENGAN PAKAIAN PEKERJAAN IMPIAN MEREKA.

UNTUK BACAAN SETERUSNYA, SILA KLIK DI SINI

UNTUK VIDEO SEPANJANG AKTIVITI DIADAKAN, SILA KLIK DI SINI

MORE
https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0038_1596773675.jpg

SENYUM SEINDAH SURIA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

“THE BEST THING ABOUT A PICTURE IS THAT IT NEVER CHANGES, EVEN WHEN THE PEOPLE IN IT DO.”

SLOWLY BUT SURELY, BAK KATA ORANG PUTIH, KITA MEMULAKAN KEMBALI SESI PERSEKOLAHAN UNTUK SEMESTER KEDUA BAGI TAHUN YANG SANGAT-SANGAT MENCABAR INI, TAHUN 2020. BANYAK PERUBAHAN YANG KAMI LAKUKAN UNTUK MEMUDAHKAN DAN MEMASTIKAN SESI P&P DAPAT BERJALAN DENGAN LANCAR. ALHAMDULILLAH, KEBANYAKKAN PARA IBU BAPA DAN PENJAGA MEMBERIKAN KERJASAMA YANG BAIK KEPADA KAMI.

SELALUNYA, PERJALANAN SEMESTER 2 DI TADIKA KAMI PENUH DENGAN AKTIVITI-AKTIVITI UNTUK MURID-MURID. SAYANGNYA, TAHUN INI TIDAK DAPAT KAMI LAKSANAKAN. JIKA TIDAK, SEPERTI YANG TERMAKTUB DIDALAM TAKWIM 2020, SEBELUM CUTI HARI RAYA AIDILADHA AKAN DIADAKAN PERTANDINGAN UJI MINDA, BERCERITA DAN LEGO DAN JUGA PROGRAM SIMULASI HAJI CILIK, PROGRAM-PROGRAM ITU KAMI REHATKAN DAHULU. SELAIN DARI ITU JUGA, SEAWAL SEMESTER 2 SELALUNYA KAMI AKAN PUSING KELILING TADIKA-TADIKA MYBISTARI GROUP UNTUK MENGAMBIL GAMBAR MURID-MURID. TAHUN INI ALHAMDULILLAH, TETAP DIADAKAN JUGA SESI FOTOTGRAFI, TETAPI HANYA UNTUK MURID K2 SAHAJA, TIADA SESI FOTOGRAFI BAGI MURID-MURID K1.

UNTUK BACAAN SELANJUTNYA, SILA KLIK DI SINI

UNTUK VIDEO, SILA KLIK DI SINI

MORE
https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0038_1595214559.jpg

LAMBAIAN KAABAH YANG DIRINDUI

“AKU PERNAH MENDENGAR NABI S.A.W. BERSABDA, “SIAPA YANG BERHAJI KERANA ALLAH LALU IA TIDAK BERKATA KOTOR DAN BERBUAT FASIK, MAKA IA KEMBALI SEPERTI HARI KETIKA DILAHIRKAN IBUNYA.” (HR AL BUKHARI DAN MUSLIM)

ALLAH, BETAPA DIMULIAKAN OLEHNYA PARA JEMAAH YANG PERGI MENUNAIKAN HAJI DALAM KEADAAN IKHLAS DAN BERSIH HATINYA. SEMOGA KITA SEMUA DIBERI KESEMPATAN UNTUK MENUNAIKAN HAJI DAN MENDAPAT HAJI YANG MABRUR. SAYANGNYA TAHUN INI, UMAT-UMAT ISLAM TIDAK DAPAT MENUNAIKAN HAJI SEPERTI TAHUN-TAHUN YANG SEBELUMNYA. BEGITU BESARNYA IMPAK COVID-19.  BAGI KAMI JUGA, PROGRAM YANG DIADAKAN SABAN TAHUN TERPAKSA KAMI TIADAKAN, TERMASUKLAH PROGRAM HAJI CILIK.

TIADA KEDENGARAN CERITA ANAK-ANAK MURID BERLATIH MEMAKAI IHRAM DI RUMAH DAN TIADA KEDENGARAN SUARA-SUARA HALUS SEOLAH-OLAH BERBISIK TATKALA MEREKA MENGHAFAL TALBIYAH KETIKA SEDANG SIBUK MEMBUAT LATIHAN YANG DIBERI. SEMOGA ALLAH KURNIAKAN KEMBALI NIKMAT YANG PERNAH DIBERIKAN OLEHNYA KEPADA KITA SEMUA.

UNTUK BACAAN SETERUSNYA, SILA KLIK DI SINI

MORE
https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0038_1594109042jpeg

PERMULAAN NORMA BARU K2

MASIH TERFIKIR-FIKIR LAGI, MACAMANA NAK MULAKAN CERITA KALI INI. BERMACAM RASA ADA SEMENJAK BERITA BERKENAAN PERMULAAN SEKOLAH SEMULA DIUMUMKAN OLEH PIHAK KEMENTERIAN. DARI AWAL BILA DESAS DESUS PERMULAAN SEKOLAH SEMULA (APABILA PELAJAR SPM DAN STPM SUDAH MEMULAKAN PERSEKOLAHAN), KAMI SUDAH DIASAK DENGAN PELBAGAI PERSOALAN DAN PERMINTAAN UNTUK PENJELASAN BERKENAAN DENGANNYA. BETUL, IBUBAPA MANA YANG TAK RISAU BILA ANAK-ANAK KECIL YANG SANGAT-SANGAT MEMERLUKAN LEBIH PERHATIAN INI YANG AKAN DIMINTA UNTUK MEMULAKAN SESI PERSEKOLAHAN DAHULU BERBANDING DENGAN KAKAK DAN ABANG DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH YANG LAINNYA. TETAPI MAAF, KETIKA ITU JUGA KAMI TIDAK DAPAT MEMBERI JAWAPAN YANG TEPAT KERANA KAMI JUGA MENANTI MAKLUMAN DARI PIHAK YANG TERBABIT.

UNTUK BACAAN SETERUSNYA, SILA KLIK DI SINI

UNTUK VIDEO, SILA KLIK DI SINI

MORE
https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0038_1592971656jpeg

DRIVE THRU MCBISTARI

#KITAJAGAKITA . TAGLINE INI BENAR-BENAR PERLU DILAKSANAKAN SEBAIKNYA SELEPAS MENDAPAT PERUTUSAN YANG SAHIH DARI PIHAK KPM BAHAWA PRA SEKOLAH DAN TADIKA BAKAL DIBUKA PADA 1HB JULAI 2020. DALAM PADA ITU JUGA KAMI TELAHPUN MEMBUAT SESI PENGAMBILAN BUKU UNTUK SEMESTER 2 DI TADIKA-TADIKA KAMI. DEMI UNTUK MENJAGA KESELAMATAN DAN JUGA MEMUDAHKAN PIHAK IBUBAPA DAN PENJAGA, KAMI TELAH MENGADAKAN PROSES PENGAMBILAN BUKU SECARA ‘DRIVE THROUGH’.

JIKA SEBELUM INI, PIHAK IBUBAPA ATAU PENJAGA YANG HADIR PERLU MASUK KE DALAM TADIKA UNTUK MENGAMBIL BUKU DAN BERURUSAN DENGAN GURU-GURU KAMI, SEKARANG INI HANYA PERLU TUNGGU DI DALAM KERETA ATAU MOTOR SAHAJA UNTUK URUSAN PENGAMBILAN BUKU. TETAPI BAGI IBUBAPA YANG TETAP MAHU MASUK KE DALAM TADIKA UNTUK MENYELESAIKAN URUSAN, TETAP JUGA KAMI TERIMA.

UNTUK BACAAN SETERUSNYA, SILA KLIK DI SINI

UNTUK VIDEO, SILA KLIK DI SINI

MORE
https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0038_1592292916jpeg

NORMA BARU SEMESTER 2 2020

ALHAMDULILLAH, AKHIRNYA KITA SEMUA SUDAH BOLEH MULA MENARIK NAFAS LEGA SEDIKIT. PENGUMUMAN DARI PERDANA MENTERI KITA BERKENAAN FASA COVID19 YANG SETERUSNYA BENAR-BENAR MEMBAWA SENYUMAN LEBAR DI BIBIR RAKYAT. TETAPI HARAPNYA KITA SEMUA TIDAKLAH TERLALU TERUJA DENGAN PENGUMUMAN DARI BELIAU SEHINGGA TERLUPA SEGALA SOP YANG TELAH DITETAPKAN, SILA JAGA JARAK DAN JAGA KESELAMATAN DIRI MASING-MASING, JANGAN AMBIL MUDAH DEK KERANA RASA SELESA. MUSIBAH INI MASIH BELUM BERAKHIR LAGI.

TETAPI BAGI KAMI, ADA YANG SUDAHPUN BERAKHIR. SEMESTER 1 BAGI SESI 2020 SUDAHPUN BERAKHIR. KINI KAMI SUDAHPUN MASUK KE SEMESTER 2 BAGI 2020. BERMACAM JUGA DUGAAN YANG KAMI HADAPI DALAM MENUJU SEMESTER KE 2 TAHUN INI. SAYANG, TETAPI KERANA SEBAB-SEBAB TERTENTU, KAMI TERPAKSA MEREHATKAN SEJUMLAH BESAR GURU-GURU KAMI YANG SELAMA INI SAMA-SAMA MEMBANTU MENAIKKAN MYBISTARI GROUP. BEGITU JUGA DENGAN BEBERAPA MURID YANG TELAHPUN MENGAKHIRI PERJALANAN MEREKA BERSAMA KAMI. SEMOGA SEMUANYA SENTIASA DIPERMUDAHKAN URUSAN DAN DIHARAP UKHWAH YANG SEDIA ADA TIDAK TERPUTUS BEGITU SAHAJA.

UNTUK BACAAN SETERUNYA, SILA KLIK DI SINI

MORE

Page 11 of 17