https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0038_1626665108jpeg

RINDU YANG TAK TERUNGKAP

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

SUBHANALLAH.. SEDAR TAK SEDAR MINGGU HADAPAN KITA AKAN MENYAMBUT AIDIL ADHA. TAK TERASA MASA YANG BERLALU DEK KERANA MASING-MASING SIBUK DENGAN KEADAAN YANG SANGAT-SANGAT MENEKAN SEKARANG INI. DOA DAN HARAPAN KAMI AGAR SEMUANYA SENTIASA DI DALAM LINDUNGANNYA DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.

JIKA SEBELUM BERLAKUNYA PANDEMIK INI, BULAN NI ADALAH ANTARA BULAN YANG DINANTI-NANTI OLEH PARA IBUBAPA DAN JUGA KAMI, TENAGA PENGAJAR MYBISTARI GROUP. LAUNGAN DAN BACAAN TALBIAH AKAN KEDENGARAN DI SETIAP TADIKA KAMI. SUASANA YANG PADA KETIKA ITU MENYENTUH HATI, APATAH LAGI DALAM KEADAAN SEKARANG INI.

UNTUL BACAAN YANG SELANJUTNYA, SILA KLIK DI SINI

MORE
https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0038_1614674358jpeg

SESI BARU, SEKOLAH BARU!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

SELAMAT MEMULAKAN ALAM PERSEKOLAHAN YANG BARU!!! AKHIRNYA, SESI PERSEKOLAHAN BERSEMUKA BAGI 2021 DIMULAKAN SEMALAM. PASTINYA RAMAI PARA IBU BAPA DAN PENJAGA YANG MENARIK NAFAS LEGA WALAUPUN MASIH ADA PERASAAN RISAU DENGAN KEADAAN SEKARANG INI. JAWATAN GURU BIDAN TERJUN SUDAH MULA DITARIK SEDIKIT DEMI SEDIKIT DARI PARA IBU BAPA. JANGAN RINDU PULA YA, SITUASI MENGAJAR ANAK-ANAK MEYIAPKAN TUGASAN YANG DIBERI OLEH GURU. KAMI YANG BEKERJA JUGA WALAUPUN TIDAK BERADA DI RUMAH, TETAP JUGA MENDAPAT TEMPIAS PDPR NI. WHATSAPP DAN PANGGILAN TELEFON BERTANYAKAN PERMASALAHAN KERJA SEKOLAH.

“APA EH TU NOMBOR PERDANA?”

“AYAT GRAMATIS TU, TENGOK GRAMMAR KE?”

UNTUK BACAAN SETERUSNYA, SILA KLIK DI SINI

MORE
https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0038_1612493871.jpg

KENANGAN MENGUSIK JIWA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

“IAITU ORANG YANG APABILA MEREKA DITIMPA SESUATU KESUSAHAN (MUSIBAH), MEREKA BERKATA: SESUNGGUHNYA KAMI ADALAH KEPUNYAAN ALLAH DAN KEPADA ALLAH JUALAH KAMI KEMBALI.”

(AL-BAQARAH : AYAT 156)

REDHA DAN TAWAKAL. ITULAH YANG PERLU KITA LAKUKAN SEKARANG INI. BAIK DARI PIHAK IBU BAPA MAHUPUN KAMI, SAMA-SAMA KITA MERASA IMPAK YANG BESAR DARI PANDEMIK INI. WALAUPUN DIBERI KEIZINAN UNTUK MENERUSKAN SESI P&P SECARA BERSEMUKA DENGAN ANAK-ANAK MURID, KAMI TETAP MERASA RISAU DAN KHUATIR. PELBAGAI AKTIVITI TELAH PUN DIRANCANG UNTUK DIADAKAN SEMULA BAGI SEMESTER YANG BARU INI. TAPI ITULAH, KITA HANYA MAMPU MERANCANG. SENANG CERITA KITA MASING-MASING MENGHARAPKAN KEADAAN BERTAMBAH BAIK, NAMUN SEKARANG INI SEPERTINYA MASIH TIDAK NAMPAK JALAN KE ARAH ITU.

UNTUK BACAAN SETERUSNYA SILA KLIK DI SINI

MORE
https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0038_1610588400jpeg

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, SESI 2021 KAMI MULAKAN.

AKHIRNYA, SESI PERSEKOLAHAN 2021 DAPAT JUGA BERMULA, ALHAMDULILLAH. BERMACAM RASA YANG ADA. TERUJA, RISAU, TAKUT DAN GEMBIRA, ITU ANTARA PERASAAN YANG BUKAN HANYA DIRASAI OLEH PARA IBU BAPA DAN MURID, TETAPI JUGA PARA GURU KAMI.

WALAUPUN TELAH MENYEDIAKAN TADIKA SEPERTI SOP YANG DITETAPKAN OLEH PIHAK KEMENTERIAN PENDIDIKAN, TETAP JUA ADA SEDIKIT RASA WAS-WAS DALAM DIRI KAMI UNTUK MENYAMBUT MURID-MURID DAN PARA IBU BAPA KE TADIKA. TERBAYANG-BAYANG SUDAH KEADAAN SUASANA HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN YANG SEMEMANGNYA AKAN PENUH DENGAN PARA IBU BAPA YANG SEMANGAT MENGHANTAR ANAK-ANAK KE TADIKA,  BUKAN SETAKAT HANTAR KE PINTU TADIKA, ADA JUGA YANG SANGGUP TUNGGU DI DALAM KELAS BERSAMA ANAK-ANAK. KAMI FAHAM KETERUJAAN PARA IBU BAPA, MAKLUMLAH KALI PERTAMA ANAK-ANAK DILEPASKAN DI BAWAH JAGAAN DAN BIMBINGAN ORANG LAIN, PASTI BUKAN SENANG BAGI MEREKA UNTUK MELEPASKAN ANAK-ANAK.

KETIKA DITUGASKAN UNTUK MEMANTAU KEADAAN AWAL PERSEKOLAHAN DI TADIKA ILMU PINTAR BESTARI, RISAU JUGA MEMIKIRKAN PERKARA INI. TETAPI ALHAMDULILLAH, PARA IBU BAPA DAN PENJAGA DI TADIKA ILMU PINTAR BESTARI MEMBERIKAN KERJASAMA YANG BAIK APABILA DIMINTA UNTUK MENINGGALKAN KELAS ANAK-ANAK. TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN. SAYA PERCAYA PARA IBU BAPA DI TADIKA LAIN JUGA BEGITU. MARILAH KITA SAMA-SAMA PATUH PDA SOP YANG TELAH DITETAPKAN. SEMOGA DENGAN INI COVID19 DAPAT DIBENDUNG.  

UNTUK BACAAN SELANJUTNYA, SILA KLIK DI SINI

MORE
https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0038_1609381849.jpg

PKPB DILANJUTKAN - THROWBACK AWAL SEMESTER 2020

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

“PBKB DI DAERAH JOHOR BAHRU DILANJUTKAN SEHINGGA 14HB JANUARI 2021”

ALLAH.. BILA SAHAJA MENDAPAT BERITA INI, TERUS TERBAYANG SUASANA AWAL SEMESTER DI TADIKA KAMI. BERMAKNA, TARIKH KEMASUKAN UNTUK SESI 2021 JUGA TERPAKSALAH KAMI LANJUTKAN KE TARIKH YANG LAIN. BARULAH KINI TERASA ‘NIKMAT’ MELAYAN MURID-MURID BARU YANG PERTAMA KALI MENJEJAKKAN KAKI KE TADIKA. HARI PERTAMA DAN UNTUK BEBERAPA MINGGU YANG SETERUSNYA, GURU-GURU KAMI BUKAN SEKADAR MENJADI CIKGU, TETAPI JUGA SEBAGAI PELARI PECUT, PENGANGKAT BERAT, PAKAR KAUNSELING, PENYANYI, PELAKON DAN PELBAGAI LAGI KERJAYA.

PENAT, SAKIT.. TAPI DI PENGHUJUNG HARI, KERENAH ANAK-ANAK MURID INILAH YANG JUGA MENJADI PENGUBAT DAN PUNCA UKIRAN SENYUMAN DI WAJAH GURU-GURU KAMI. BETULLAH ORANG KATA, KITA AKAN MENGHARGAI SESUATU ATAUPUN SESEORANG APABILA KITA KEHILANGAN BENDA TERSEBUT.

HEBATNYA CIKGU-CIKGU NI, WALAUPUN PELBAGAI CABARAN YANG TERPAKSA MEREKA HADAPI DI AWAL PERSEKOLAHAN, TETAP JUGA DISELITKAN DOA DAN KATA-KATA POSITIF.

UNTUK BACAAN SELANJUTNYA, SILA KLIK DI SINI

MORE

LETS BUCKLE UP FOR 2021

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

“TIDAKLAH ADA DARI MANUSIA MELAINKAN: DIUJI DENGAN KESELAMATAN AGAR DIKETAHUI BAGAIMANA SYUKURNYA, ATAU DIUJI DENGAN SEBUAH BENCANA AGAR DIKETAHUI BAGAIMANA SABARNYA.” – IBNU QAYYIM

LAMA RASANYA TIDAK BERKONGSI CERITA. MANA TAKNYA,PERJALANAN MYBISTARI GROUP DAN JUGA KESELURUHAN UMAT DUNIA AMNYA SEKARANG INI IBARAT ROLLER COASTER. SELAGI PANDEMIK INI TIDAK BERAKHIR DAN TIDAK DAPAT DIBENDUNG, SELAGI ITULAH KITA AKAN BERADA DI  DALAM KEADAAN BEGINI. HIDUP DALAM KETIDAKPASTIAN KERANA SEGALA-GALANYA BOLEH BERUBAH MENGIKUT SITUASI SEMASA.

PALING TERDEKAT DENGAN KAMI, WARGA MYBISTARI ADALAH DENGAN SESI PERSEKOLAHAN. PADA AWALNYA MEMANG SEDIH BILA MEMIKIRKAN YANG SESI TAHUN INI AKAN BERAKHIR BEGITU SAHAJA. KEMUDIAN, DIBERI SEDIKIT SINAR APABILA DIBENARKAN UNTUK BERSEKOLAH SEMULA, MAKANYA PELBAGAI PERANCANGAN (YANG PASTINYA BERLANDASKAN SOP YANG DITETAPKAN) TELAH DIRANCANG UNTUK ANAK-ANAK MURID KAMI, TETAPI SAYANGNYA, DI AKHIR WAKTU TERPAKSA KAMI BATALKAN JUGA KERANA PERINTAH PKPB DIADAKAN SEMULA. YANG DAPAT KAMI LAKSANAKAN DALAM WAKTU YANG SINGKAT ITU HANYALAH MAJLIS PERPISAHAN SESI 2020.

UNTUK BACAAN SELANJUTNYA, SILA KLIK DI SINI

MORE
https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0038_1603074628.png

JOM LIKE PAGE KAMI!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

WAH.. SUDAH AGAK LAMA JUGA TAK DIKEMASKINI BLOG TADIKA INI YA. MAAFKAN KAMI. BANYAK CERITA DAN AKTIVITI SEBENARNYA YANG HENDAK KAMI KONGSIKAN, SAYANGNYA KEADAAN DAN MASA AGAK TERBATAS.

MEMIKIRKAN CARA YANG LEBIH EFEKTIF UNTUK BERKONGSI AKTIVITI HARIAN ANAK-ANAK DI TADIKA, MAKANYA PIHAK PENGURUSAN MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MEWUJUDKAN FB PAGE BAGI SETIAP CAWANGAN KAMI. MAAF SEKALI LAGI SEKIRANYA PAGE YANG KAMI WUJUDKAN ITU MASIH KURANG SEMPURNA, MAKLUMLAH, BARU HENDAK BERJINAK-JINAK DENGAN ‘DUNIA BARU’ INI. MASIH BANYAK YANG PERLU KAMI PELAJARI.

DI HARAP PARA IBU BAPA DAN PENJAGA DAPATLAH MEMBERI SOKONGAN KEPADA KAMI. SILA LIKE, FOLLOW, DAN SHARE YA! TOLONG UAR-UARKAN KEWUJUDAN PAGE KAMI DI ALAM MAYA.

DI SINI KAMI KONGSIKAN LINK KE LAMAN PAGE SETIAP TADIKA KAMI.

UNTUK BACAAN SELANJUTNYA, SILA KLIK DI SINI

MORE

Page 10 of 17