https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0415_1728980563.jpg

RIANG RIA BERSAMA TONTI, TITTO & ROLLY!

THROWBACK JELAJAH FANPEKKA KE TADIKA HEBAT MYBISTARI GROUP: RIANG RIA BERSAMA TONTI, TITTO & ROLLY!

DARI 2HB HINGGA 10HB SEPTEMBER 2024, TADIKA MYBISTARI DISERIKAN DENGAN KUNJUNGAN ISTIMEWA DARI FANPEKKA, LENGKAP DENGAN MASKOT KESAYANGAN TONTI, TITTO, DAN ROLLY! KALI KEDUA FANPEKKA DATANG BERTEMU KAMI, ANAK-ANAK TADIKA TAK DAPAT SEMBUNYIKAN KETERUJAAN MEREKA. AWAL-AWAL KEDATANGAN LAGI MURID SUDAH BERTANYA "CIKGU, MANA FANPEKKA?". HIHIHI SABAR YA ANAK-ANAK FANPEKKA HADIR DALAM PUKUL 12.00 TENGAH HARI NANTI.

UNTUK BACAAN SELANJUTNYA SILA KLIK DI SINI

MORE
https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0415_1728980290.jpg

MOMEN YANG TERTANGKAP DENGAN SENYUM YANG TERTAHAN

SETIAP TAHUN, SESI FOTOGRAFI DI MYBISTARI GROUP MENJADI SALAH SATU MOMEN YANG DINANTI-NANTIKAN OLEH PARA GURU, IBU BAPA, DAN TENTUNYA PARA MURID KERANA GAMBAR-GAMBAR INI AKAN DICETAK DAN DIBINGKAIKAN UNTUK DIBERIKAN SEWAKTU AKHIR SEMESTER NANTI. PADA TAHUN INI, SESI FOTOGRAFI SEMESTER 2 YANG TELAH DIADAKAN DARI 24 SEPTEMBER HINGGA 3 OKTOBER 2024 MENINGGALKAN PELBAGAI KENANGAN MANIS DAN RAGAM LUCU MURID-MURID BERUSIA YANG BERUSIA DARI 4 HINGGA 6 TAHUN. PENAT TAPI SERONOK, 8 HARI SAYA KE 10 TADIKA DENGAN MENYAKSIKAN KELETAH LUCU ANAK-ANAK DAN GURU SEPANJANG SESI FOTOGRAFI INI BERLANGSUNG.
 
KECOMELAN MEREKA DENGAN UNIFORM TADIKA YANG BERSIH DAN KEMAS TAK TERBENDUNG. ADA YANG DATANG DENGAN PENUH YAKIN, TERSENYUM LEBAR, NAMUN ADA JUGA YANG SEDIKIT MALU-MALU, MEMEGANG ERAT TANGAN GURU. SETELAH DIPUJUK, AKHIRNYA DIA MENGELUARKAN SENYUMAN MANIS YANG DITUNGGU-TUNGGU. ADA JUGA SEORANG MURID TIDAK MAHU MENUKAR UNIFORM TADIKA. PUAS CIKGU-CIKGUNYA MEMUJUK AKHIRNYA SESI FOTOGRAFI DITERUSKAN JUGA DENGAN MURID TERSEBUT MEMAKAI BAJU SENAMAN TADIKA.
 
UNTUK BACAAN SELANJUTNYA SILA KLIK DI SINI
MORE
https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0415_1728433066.jpg

LATIHAN KEBAKARAN-SI CILIK SEDIA BERAKSI!

LATIHAN KEBAKARAN TADIKA MYBISTARI GROUP 2024: SI CILIK SEDIA BERAKSI!

TANGGAL 22 SEPTEMBER 2024 MENJADI PEMBUKA TIRAI AKTIVITI SEMESTER KEDUA BUAT ANAK-ANAK COMEL DI SEMUA TADIKA HEBAT MYBISTARI GROUP SETELAH SEMINGGU BERCUTI. AKTIVITI LATIHAN KEBAKARAN INI BUKAN SAHAJA MELATIH MEREKA TENTANG KESELAMATAN, MALAH MENGHIDUPKAN SUASANA HARU-BIRU DAN KEKECOHAN DI TADIKA YANG PASTINYA SUKAR DILUPAKAN.

SEAWAL PAGI, KELIBAT SI CILIK MEMENUHI PERKARANGAN TADIKA, PENUH SEMANGAT DAN RASA INGIN TAHU. PELBAGAI GELAGAT DAN AKSI MENARIK TERPAPAR TATKALA MEREKA DIAJAR CARA-CARA MENYELAMATKAN DIRI SEKIRANYA BERLAKU KEBAKARAN. ADA YANG BERLARI SAMBIL MENGIBARKAN TANGAN, ADA JUGA YANG DENGAN GAYA BERANI MENIRU GAYA ABANG BOMBA, LENGKAP DENGAN AKSI BERLARI SAMBIL MENUTUP HIDUNG DAN MULUT.

UNTUK BACAAN SELANJUTNYA SILA KLIK DI SINI

MORE
https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0415_1727061501.jpg

HARI TEMU MESRA IBUBAPA & GURU

HAI ASSALAMUALAIKUM IBUAYAH.

PADA 18 DAN 19 SEPTEMBER 2024, MYBISTARI GROUP MELAKAR DETIK MANIS DENGAN MENGADAKAN HARI TEMU MESRA IBU BAPA DAN GURU DI SEMUA TADIKANYA. ACARA INI BUKAN SAHAJA HARI UNTUK IBU BAPA MENGAMBIL REKOD PENTAKSIRAN ANAK-ANAK, MALAH MENJADI PELUANG UNTUK MENGAMBIL KEPERLUAN SEMESTER KEDUA.

APA YANG MENJADIKAN HARI TEMU MESRA KALI INI ISTIMEWA IALAH SUASANA YANG TENANG DAN SANTAI, BERTEPATAN DENGAN MUSIM CUTI SEKOLAH. MESKIPUN CUTI HANYA SEMINGGU, RAMAI IBU BAPA MENGAMBIL PELUANG MEMBAWA ANAK-ANAK BERCUTI DAN PULANG KE KAMPUNG. NAMUN, DEDIKASI IBU BAPA MYBISTARI TAK PERNAH MENGECEWAKAN—ADA YANG SANGGUP BERPATAH BALIK DARI MUAR KE PASIR GUDANG, SEMATA-MATA UNTUK MENGAMBIL REKOD PENTAKSIRAN ANAK! BAYANGKAN BETAPA BESARNYA KOMITMEN MEREKA TERHADAP PENDIDIKAN SI KECIL!

UNTUK BACAAN SELANJUTNYA SILA KLIK DI SINI

MORE
https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0415_1727061293.jpg

HARI JALINAN MESRA TAUTAN KASIH

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM SEMUA! SELAMAT DATANG KE HARI JALINAN MESRA TAUTAN KASIH YANG BERLANGSUNG PADA HARI RABU, 11 SEPTEMBER 2024 YANG LEPAS, DI DEWAN AL-FATIH MYBISTARI LEGACY, TAMAN SCIENTEX. PROGRAM HARI INI SANGAT ISTIMEWA, TERUTAMANYA UNTUK IBU BAPA YANG MEMPUNYAI ANAK-ANAK BERUSIA 4 TAHUN. KITA BERKUMPUL DI SINI UNTUK MEMBINCANGKAN PRESTASI DAN PERKEMBANGAN ANAK-ANAK SEPANJANG SATU SEMESTER SESI PERSEKOLAHAN.

SEMUA IBU BAPA PASTINYA TERUJA NAK BERJUMPA GURU-GURU, KAN? INILAH MASA YANG TERBAIK UNTUK MEMAHAMI KEKUATAN DAN POTENSI ANAK-ANAK KITA, SERTA BERBINCANG MENGENAI CARA TERBAIK UNTUK MENYOKONG PEMBELAJARAN MEREKA.

UNTUK BACAAN SELANJUTNYA SILA KLIK DI SINI

MORE
https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0415_1724826811.jpg

APA ITU KELAS BISTARI?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

KELAS BISTARI ADALAH SALAH SATU KEISTIMEWAAN YANG ADA DI MYBISTARI GROUP.  KELAS BISTARI DIWUJUDKAN UNTUK MENGGARAP POTENSI YANG ADA PADA ANAK-ANAK DAN MERANGSANG ANAK-ANAK SUPAYA LEBIH KREATIF SERTA BERKETERAMPILAN. SELAIN ITU, KELAS BISTARI JUGA MERUPAKAN PERSEDIAAN MAKSIMUM UNTUK ANAK-ANAK MEMASUKI DARJAH 1. SILIBUS YANG DIGUNAKAN MENGIKUT TAHAP KEBOLEHAN ANAK-ANAK.

JUSTERU, KAMI DI MYBISTARI GROUP TELAH MENGADAKAN PROGRAM PENERANGAN KELAS BISTARI KHAS UNTUK IBU AYAH YANG ANAK-ANAKNYA TERPILIH UNTUK MEMASUKI KE KELAS BISTARI PADA SEMESTER KEDUA NANTI. PROGRAM INI DIADAKAN ADALAH UNTUK MEMBERI TAKLIMAT DAN PENERANGAN TENTANG KEISTIMEWAAN KELAS BISTARI BERBANDING KELAS NORMAL. JADI DENGAN INFO-INFO YANG DITERANGKAN DI DALAM PROGRAM INI DAPAT MEMBUKA MATA IBU AYAH UNTUK ANAK SERTAI KELAS BISTARI. BUKAN SEKADAR HANYA MENDENGAR PERSEPSI DARI ORANG LUAR TENTANG KELAS BISTARI INI.

UNTUK BACAAN SETERUSNYA SILA KLIK DI SINI

MORE
https://my03.awfatech.com/pintarbistari/content/news/newsf1_0415_1724205700.png

SUASANA PEPERIKSAAN DI MYBISTARI GROUP

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ALHAMDULILLAH SELESAI SUDAH PEPERIKSAAN SEMESTER 1 BAGI SESI 2024 YANG TELAH DIJALANKAN SELAMA 4 HARI BERMULA PADA 14HB OGOS 2024. INILAH MASANYA UNTUK ANAK-ANAK MENUNJUKKAN HASIL PEMAHAMAN DARIPADA PENGAJARAN YANG DIAJAR OLEH GURU-GURU SELAMA 1 SEMESTER INI.
 
PENGALAMAN BARU UNTUK ANAK-ANAK 5 TAHUN YANG PERTAMA KALI MENDUDUKI PEPERIKSAAN. MACAM-MACAM RAGAM ANAK-ANAK PADA HARI PERTAMA MENDUDUKI PEPERIKSAAN. ADA YANG CUBA MEMINTA JAWAPAN DARI GURU BERTUGAS, ADA YANG TERMENUNG PANJANG, ADA YANG BERBORAK DENGAN KAWAN, ADA YANG MENANGIS DAN BERMACAM-MACAM LAGI RAGAM ANAK-ANAK 5 TAHUN.
 
UNTUK BACAAN SELANJUTNYA SILA KLIK DI SINI
MORE

Page 1 of 17